Wednesday, March 23, 2011

Jejak Warisan

pada minggu yang lepas kami telah melakukan perjalanan ke ulu dearah kapit untuk menjejak warisan perninggalan tentera british di sarawak.perjalanan amat mencabar menyusuri sungai dan jeram dalam perjalan itu kami di bagitahu tentang satu tugu peringatan peninggalan tentera british.tugu ini di bina sepena memperingati terkorbannya tentera british semasa komprantasi malaysia dan indonesia.tugu ini terletak betul-betul di simpang tiga antara nanga gaat dan nanga balleh.

mungkin banyak antara kita tidak mengatahui tentang wujudnya tugu ini.jangankan orang luar orang sarawak sendiri pun banyak yang tak tahu.selama ini kita cuma mendengar cerita sahaja adakah betul atau pun tidak dan dimana letaknya tugu peringatan tersebut.setelah kami sendiri berkunjung ke tempat tersebut dan melihat dengan mata kepala kami sendiri rasa macam tidak percaya malihat kewujudan nya di depan mata   
tugu ini dibina pada tahun 1965 oleh tentera british bayangkan berapa lama sudah berada di situ.kalau di kira pada umur tugu tugu itu sudah mencecah 46 tahun usianya hampir-hampir separuh abad.kalau manusia dah tua disebabkan ia benda bolehlah diketogeri antik.
ini lah nama-nama angota tentera british yang terkorban pada masa itu se ramai 21 orang yang masih muda-muda seawal usia 18tahun hinggalah 34 tahun.mereka ini terkorban kerana mempertahankan sarawak dari ancaman anasir luar.sempena memperingati perjuangan mereka kerajaan british telah membina tugu peringatan ini sebagai lambang keperwiraan pejurit-pejurit mereka.jasa-jasa mereka tetap di kenang sampai bila-bial walu pun mereka sudah tiada.
sesuai dengan kedudukannya tugu ini telah diselengara oleh THE DEFENCE SECTION BRITISH HIGH COMMISSION KUALA LUMPUR.setaip tahun bila tiba nya hari pahlawan pelawat-pelawat dari british akan datang melawat sambil berdoa memohon kesejahteraan kepada pejurit mereka yang telah tiada disamping itu juga waris-waris mereka menyampai kalungan bunga sebagai menghargai pengorbanan mereka.......