Sunday, May 22, 2011

ULAR SAWA KING (ALBINO)

Ular sawa Abino ini berusia 31/2 tahun masih muda dan mentah.Berat ular sawa ini lebih kurang 20 kg dengan kepanjangannya lebih 12 kaki atau 2.3m.ular sawa ini tidak kuat makan ia cuma makan sekali saja dalam seminggu selepas satu minggu barulah ular ini terasa lapar kembali.Ini wajah seorang Raja Ular raja dari segala ular atau lebih tepat lagi tuan empunya ular laa....semua ular yang ada di dunia ini takut bila melihat kelibat raja ular takut kena tangkap masuk kandang hilanglah kebebasan suku-suku ular dan yang sewaktu dengan nya.
Ini pula adalah peminat ular-ular.Tak kira ular hidup,ular mati(awet),ular pelastik mau pun ular getah yang budak-budak suka main untuk mengejutkan dan menankutkan orang.Bagus juga pegang ular ni sejuk rasanya jangan sendiri jadi ular sudah laa......ha...ha...ha......




Inilah wajah sebenar orang yang menjaga ular sawa albino itu selamba saja dia memegang dan bermain dengan ular itu tampa memikir takut dibelit dan di makan oleh ular sawa itu.nyata sekali ular itu memang barangan mainan bagi mereka........Dengan senyum selamba atau nak kontrol handsome kot........ha...ha.....ha.....
                                                                                                                                                                                                                           
















































.

FORT SYLVIA KAPIT

Fort Sylvia Kapit telah di bina oleh kerjaan British pada tahun 1880.Tujuan nya adalah untuk mengawal perairan sungai rajang,sungai kapit dan ulu baleh.Pada masa tu berlaku terlalu banyak peperangan antara puak-puak dimana orang-orang iban dan orang-orang ulu tidak sefahaman.Dengan ada nya Fort Sylvia ini pihak kerajaan British dapat memantau segala kegiatan puak-puak ini.Untuk mendamaikan puak-puak yang bertelagah ini pihak British memperkenalkan regeta baram walau pun tidak sefahaman namun puak-puak yang bertelagah ini menyambut baik seranan pihak British.Dengan ada nya regeta baram ini puak yang bertelagah ini dapat di damaikan sehinggalah ke hari ini.
Fort Sylvia ini juga pernah di tengelami banjir sebanyak 3 kali.Banjir yang paling dalam sedalam 62 kaki berlaku pada tahun 1932 dan seterusnya pada 1981.Keadaan ini tidak mengubah struktur asal fort ini masih gah seperti yang asalnya.