Thursday, January 1, 2015

MENGANJAKNYA 2014 DAN MENJELANGNYA 2015

Menganjaknya 2014 dan menjelangnya 2015 telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam mengharungi liku liku kehidupan sebagai insan ciptaan yang maha esa dibumi yang serba mencabar ini segala keazaman segala impian yang dihajatkan dahulu kebanyakan nya tidak tertunai kesemuanya.Mungkin pada tahun ini semua itu akan tertunai atau sekadar memenuhi impian yang teringgal.Persoalannya adakah 2015 akan mendatangkan kerceriaan kepada kita yang jauh tertinggal atau jauh ketinggalan. 2014 telah pun berlalu 2015 sedang melabuhkan tirainya apakah kita dapat tumpang berlindung disebalik tirai 2015 atau akan kecundang seperti 2014.Tepuk dada tanya selera mungkin hati akan berbisik perkara yang sama tiada yang istimewa.Selamat tinggal 2014 selamat datang 2015 perjuangan akan tetap diteruskan.....IN SHA ALLAH..

Tuesday, January 14, 2014

2014 menjelma sudah.....

2014 menjelema sudah mungkin belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat menyambut mauludun rasul.Tahun lepas banyak perkara yang berlaku baik yang baik mahu pun yang buruk tapi semua itu adalah cabaran kepada kita di dunia ini lebih manis lagi 'COBAAN' kata P.Ramli.Walaubagaimanapu kita kena ambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yang berlaku kerana semua yang terjadi ada lah kehendak nya jua.Bersyukur lah kita kerana masih bernafas di dunia yang fana ini jangan hanya tahu merunggut dan mengeluh sahaja setiap yang terjadi ada hikmah nya sama-sama lah kita mencari apa kesilapan yang telah kita lakukan bagaimana memperbetulkannya.Hayati lah keperbadian 'RASULLAH' dan amalkanlah sunah-sunahnya supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan......

Monday, May 6, 2013

DEMAM PILIHANRAYA TELAH BERAKHIR.....

Demam pilihanraya telah berakhir semua rakyat tak yang dibandar atau didesa telah melaksana tanggungjawab masing-masing tak kira yang muda mahu pun yang tua.Undi telah di buang keputusan telah pun di ketahui.Persoalan nya ada kah kita memilih dengan memikir sebijak-bijaknya denga akal yang matang sebelum memangkah undi atau pun kita memangkat mengikut rasa yang meluat dengan kepimpinan yang ada atau ingin nak merubah suasana kepada kepimpinan yang baru semua ini tepuk dada tanya hati mana satu yang menjadi pilihan anda.Sunami ini telah melanda dikawasan temapat aku mengundi kawasan yang selama ini dibawah kekuasaan BN kini telah bertukar tangan kepada kuasa baru.Dalam pertandingan yang lalu BN hanya mendapat 24,917 undi sementara PKR mendapat 26,909 undi dan STAR mendapat 306 undi yang menunjukan mejoriti sebanyak 1,992 undi ini lah sunami baru yang belaku tampa sedar atau memang betul-betul sedar.Dengan keadaan begini apakah yang akan berlaku di kemudian nanti sama-sama lah kita lihat nanti.Kejatuhan BN dan kemerosotan pengundi dan penyokong nampak sangat ketara kepada parti pemerintah walaubagaimana pun kehidupan tetap diteruskanjuga tak kira siapa yang memimpin sebab memang sudah kehendak dan pilihan kita sendiri.....

Monday, December 31, 2012

PERALIHAN WAKTU

Lama dah aku tak membuat catatan dalam blog ku ini.Hari ini aku ingin menceritakan tentang peralihan waktu setelah lama kita dalam kurungan 2012 kini kita nak menganjak ke tabir yang baru.Banyak kenangan pahit manis yang tak terlepas dari memori dan jalan hidup yang kita lalui kalau disingkap tabir itu akan ternampaklah kepahitan dan kemanisan yang boleh membuat kita bisa tersenyum dan juga bersedih.Setiap apa yang dilalui sentiasa bermain di memori fikiran macam vcd yang sentiasa berputar tampa henti terus memainkan cerita yang sama.Sekarang kita melangkah ke gerbang yang baru dengan tekat dan keazaman yang baru juga.apakah semua itu bisa terlaksana atau pun akan terkandas seperti tahun-tahun yang lalu.Langkah demi langkah menuju kehadapan tetapi melangkah dengan lemah longlai boleh sampaikah kita ke destanasi yang bakal dituju.Kadang-kadang terfikir juga adakah semua itu sia-sia atau sekadar membuang masa.Kini ambang 2013 telah melambai-lambai mencabar kita bersama-sama menongkah arus kemajuan dengan berbagai rencah dan rasa yang harus kita lawan dengan kekuatan yang tak seberapa mengunaka senjata minda dan tenaga jika terleka mungkin kita akan tertewas juga seperti masa-masa yang sesudahnya.Apa yang boleh kita buat kita lawan arus yang ada dengan kudrat dan tenaga yang ada walau pun tinggal sisa-sisa.2013 2013 adalah lembaran baru mengamit kita bergerak dengan laju berfikiran maju.
S.E.L.A.M.A.T   T.A.H.U.N   B.A.R.U   2.0.1.3................

Tuesday, June 26, 2012

COBRA YANG KEKENYANGAN.........

GAMBAR INI KU AMBIL DI HADAPAN RUMAH KU KETIKA AKU SEDANG DUDUK RELEK SAMBIL MELIHAT TELATAH ORANG YANG LALU LALANG.TERTIBA MUNCUL SE EKOR COBRA DARI ANJUNG ATAP RUMAH KU YANG KEKENYANGAN MENDAPAT HABUAN SE EKOR TIKUS DENGAN MENJULUR UNTUK MELARIKAN DIRI TETAPI TIDAK BERJAYA DI SEBABKAN TERSEPIT KERANA PERUT NYA BESAR.....
TERGANTUNG SUDAH UNTUK MELEPASKAN DIRI.......
CUBA MELARIKAN DIRI MELALUI CELAHAN TIANG KONKRIT........
TERTEKAN DAN MASIH LAGI TERGANTUNG MENCARI JALAN MACAM MANA NAK MELEPASKAN DIRI......BERUSAHALAH HINGGA BERJAYA........
BEGINILAH KEADAAN SEBENARNYA SANG COBRA YANG TERSEPIT MENAHAN SAKIT....

Saturday, March 10, 2012

BELACHAN

Nak cerita sikit lah sekarang ni musim orang menangkap udang gergau di tempat aku.Aktiviti ini dilakukan hampir setiap hari kecuali bila hari hujan aktiviti ini akan diberhentikan buat sementara waktu.Kalau hari panas memanjang aktiviti menngkap udang gergau ini akan dijalankan sampai petang.Kalau kita lihat orang yang datang macam nak berpesta ada yang nak membeli ada juga yang sekadar nak mencuci mata.
Ini lah rupa udang gergau yang dah ditangkap atau lebih dikenali dengan nama udang kecil.Udang gergau ni banyak kegunaannya selain dibuat udang gergau kering ia boleh juga bibuat cencaluk dan juga belachan.Kali ini aku nak cerita bagaimana nak buat belachan.Mula-mula......

Udang gergau segar dibersih dahulu untuk membuang segala kotoran dan sampah yang terdapat bercampur didalamnya seperti ikan-ikan kecil,daun-daun dan segala macam benda yang tak diperlukan.Jangan dicuci dengan air paip kalau nak cuci juga kena guna air laut baru ada kelasss.Setelah itu barulah udang dicampur dengan garam kasar bukan garam halus nanti tak menjadi bukan apa udang boleh menjadi busuk nanti setelah itu barulah digaul rata....setelah itu diperap semalaman sebelum dijemur pada ke esokan harinya.Sebelum kita menjemur udang yang diperap semalaman itu hendaklah di perah dulu untuk mengurangkan air yang banyak berkumpul semasa peroses pemerapan.Setelah itu barulah boleh dijemur ditengah panas yang terik semasa peroses menjemur udang hendak lah dikaup balik selang tiga jam sekali supaya udang kering sekata....

Inilah bentuk atau rupa udang gergau yang telah kering dijemur dan siap sedia untuk dijadikan belachan.Tapi sebelum itu kita kena sediakan dahulu lesong untuk menumbuk kalau tak tidak menjadi belachan lah udang tu...jadi udang gergau kering masin..peroses seterusnya ialah....
Menumbuk udang gergau untuk dijadikan belachan pat ni kena lah berbanyak bersabar kerana peroses menumbuk memakan masa sedikit kalau tahap kesabaran tak cukup tinggi agak-agak nya tak menjadi lah belachan tu.Satu kilo udang gergau kering kalau ditumbuk memakan masa selama tiga puloh ke empat puloh minit untuk menjadikan belachan yang betol-betol halus dan berkualiti.Letih tu memang lah letih tapi berbaloi sebab kita buat dengan tulang empat kerat kita sendiri.Dari sudut kerbersihan memang terjaga sebab untuk makan kita sendiri.PUAS HATI dapat buat sendiri belachan.....
Beginilah rupa belachan yang separuh siap belom ditumbuk dengan lumat atau hancur.Belachan jenis ini boleh disimpan dahulu sebelum ditumbuk untuk dijadikan belachan sebenarnya.kalau ada kerajinan boleh lah diteruskan memperoses dan menumbuk hingga hancur atau lumat.Apabila dah menjadi belachan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara atau kalau nak lebih tahan lagi boleh lah di leper-leper setebal satu inci sebesar tapak tangan dan dijemur biar kering bila dah cukup kering boleh lah disimpan.Belachan ini tahan disimpan selama bertahun-tahun sebab ditumbuk mengunakan lesong kayu kalau mengunakan mesin rasa akan menjadi pahit dan stuktur akan menjadi basah dan berbau yang tidak sedap.
                              BEGITULAH PEROSES MEMBUAT BELACHAN SELESAI