Saturday, March 10, 2012

BELACHAN

Nak cerita sikit lah sekarang ni musim orang menangkap udang gergau di tempat aku.Aktiviti ini dilakukan hampir setiap hari kecuali bila hari hujan aktiviti ini akan diberhentikan buat sementara waktu.Kalau hari panas memanjang aktiviti menngkap udang gergau ini akan dijalankan sampai petang.Kalau kita lihat orang yang datang macam nak berpesta ada yang nak membeli ada juga yang sekadar nak mencuci mata.
Ini lah rupa udang gergau yang dah ditangkap atau lebih dikenali dengan nama udang kecil.Udang gergau ni banyak kegunaannya selain dibuat udang gergau kering ia boleh juga bibuat cencaluk dan juga belachan.Kali ini aku nak cerita bagaimana nak buat belachan.Mula-mula......

Udang gergau segar dibersih dahulu untuk membuang segala kotoran dan sampah yang terdapat bercampur didalamnya seperti ikan-ikan kecil,daun-daun dan segala macam benda yang tak diperlukan.Jangan dicuci dengan air paip kalau nak cuci juga kena guna air laut baru ada kelasss.Setelah itu barulah udang dicampur dengan garam kasar bukan garam halus nanti tak menjadi bukan apa udang boleh menjadi busuk nanti setelah itu barulah digaul rata....setelah itu diperap semalaman sebelum dijemur pada ke esokan harinya.Sebelum kita menjemur udang yang diperap semalaman itu hendaklah di perah dulu untuk mengurangkan air yang banyak berkumpul semasa peroses pemerapan.Setelah itu barulah boleh dijemur ditengah panas yang terik semasa peroses menjemur udang hendak lah dikaup balik selang tiga jam sekali supaya udang kering sekata....

Inilah bentuk atau rupa udang gergau yang telah kering dijemur dan siap sedia untuk dijadikan belachan.Tapi sebelum itu kita kena sediakan dahulu lesong untuk menumbuk kalau tak tidak menjadi belachan lah udang tu...jadi udang gergau kering masin..peroses seterusnya ialah....
Menumbuk udang gergau untuk dijadikan belachan pat ni kena lah berbanyak bersabar kerana peroses menumbuk memakan masa sedikit kalau tahap kesabaran tak cukup tinggi agak-agak nya tak menjadi lah belachan tu.Satu kilo udang gergau kering kalau ditumbuk memakan masa selama tiga puloh ke empat puloh minit untuk menjadikan belachan yang betol-betol halus dan berkualiti.Letih tu memang lah letih tapi berbaloi sebab kita buat dengan tulang empat kerat kita sendiri.Dari sudut kerbersihan memang terjaga sebab untuk makan kita sendiri.PUAS HATI dapat buat sendiri belachan.....
Beginilah rupa belachan yang separuh siap belom ditumbuk dengan lumat atau hancur.Belachan jenis ini boleh disimpan dahulu sebelum ditumbuk untuk dijadikan belachan sebenarnya.kalau ada kerajinan boleh lah diteruskan memperoses dan menumbuk hingga hancur atau lumat.Apabila dah menjadi belachan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara atau kalau nak lebih tahan lagi boleh lah di leper-leper setebal satu inci sebesar tapak tangan dan dijemur biar kering bila dah cukup kering boleh lah disimpan.Belachan ini tahan disimpan selama bertahun-tahun sebab ditumbuk mengunakan lesong kayu kalau mengunakan mesin rasa akan menjadi pahit dan stuktur akan menjadi basah dan berbau yang tidak sedap.
                              BEGITULAH PEROSES MEMBUAT BELACHAN SELESAI

No comments:

Post a Comment