Sarawak terdiri daripada berbilang kaum dan suku serta etnik sosial.Bukan itu sahaja sarawak juga mempunyai dialek-dialek yang unik kerana di pengaruhi oleh pelbagai bangsa dan suku.Ini menjadikan sarawak sebuah negeri yang unik dengan masyarakat yang kepelbagai.Antara bahasa melayu sarawak yang mudah di dengar dan senang difahami;...
loyar (cakap) situk (sini) polah (buat) sikda (tiada) madah (beritahu/cakap) kenak (kenapa)
camya (macam itu) diam (tinggal) juak (juga) kelakar (cakap)
kamek (saya) kitak (awak) sidaknya (mereka) mun (kalau)
sik (tidak) sikboh (jangan) payah (susah) molah (membuat)
moyok (tipu) tukuk (palu) kepong (kejar) ngetan (menahan)
berambih (berkumpul/menumpang) kelak (bila) pelik (ganjil)
Terdapat banyak lagi dialek-dialek melayu sarawak yang perlu diterokai oleh pengunjung yang datang melawat ke sarawak.Apa yang dipaparkan disini cuma sebahagiannya sahaja kalau nak tahu dengan lebih lanjut dan mendalam tentang dialek melayu sarawak datanglah berkunjung ke sarawak.Disini anda akan menemui dialek-dialek yang lebih unik dan mendalam lagi.Kalau boleh cubalah bersembang atau bercakap sendiri dengan warga sarawak kerana dialeknya mudah difahami dan di mengerti........
No comments:
Post a Comment