Ramadan datang lagi
Mengisi ruang waktu
Mengejar masa yang berlalu
Berputik hari yang baru
Ramadan datang lagi
Sudah bersedia kah diri mu
Atau sekadar menunggu waktu waktu berlalu
Seperti tahun tahun yang lalu
Atau sekadar menunggu sambil menongkat dagu
Ramadan datang lagi
Bersedia lah dirimu
Dengan keimanan dan rohani
Sebagai bekalan mempertahankan diri
Semoga di berkati illahi
Ramadan datang lagi
Semakin dekat semakin menghampiri
Menghempit hempit ruang hati
Meresah dan mengusar diri
Kerana hutang lama belum langsai lagi
Ramadan datang lagi
Tetepkan iman dan rohani
Ketentuan sejak azali
Hukum ALLAH YA RABUL IZZATI.............
No comments:
Post a Comment