Monday, December 31, 2012

PERALIHAN WAKTU

Lama dah aku tak membuat catatan dalam blog ku ini.Hari ini aku ingin menceritakan tentang peralihan waktu setelah lama kita dalam kurungan 2012 kini kita nak menganjak ke tabir yang baru.Banyak kenangan pahit manis yang tak terlepas dari memori dan jalan hidup yang kita lalui kalau disingkap tabir itu akan ternampaklah kepahitan dan kemanisan yang boleh membuat kita bisa tersenyum dan juga bersedih.Setiap apa yang dilalui sentiasa bermain di memori fikiran macam vcd yang sentiasa berputar tampa henti terus memainkan cerita yang sama.Sekarang kita melangkah ke gerbang yang baru dengan tekat dan keazaman yang baru juga.apakah semua itu bisa terlaksana atau pun akan terkandas seperti tahun-tahun yang lalu.Langkah demi langkah menuju kehadapan tetapi melangkah dengan lemah longlai boleh sampaikah kita ke destanasi yang bakal dituju.Kadang-kadang terfikir juga adakah semua itu sia-sia atau sekadar membuang masa.Kini ambang 2013 telah melambai-lambai mencabar kita bersama-sama menongkah arus kemajuan dengan berbagai rencah dan rasa yang harus kita lawan dengan kekuatan yang tak seberapa mengunaka senjata minda dan tenaga jika terleka mungkin kita akan tertewas juga seperti masa-masa yang sesudahnya.Apa yang boleh kita buat kita lawan arus yang ada dengan kudrat dan tenaga yang ada walau pun tinggal sisa-sisa.2013 2013 adalah lembaran baru mengamit kita bergerak dengan laju berfikiran maju.
S.E.L.A.M.A.T   T.A.H.U.N   B.A.R.U   2.0.1.3................

Tuesday, June 26, 2012

COBRA YANG KEKENYANGAN.........

GAMBAR INI KU AMBIL DI HADAPAN RUMAH KU KETIKA AKU SEDANG DUDUK RELEK SAMBIL MELIHAT TELATAH ORANG YANG LALU LALANG.TERTIBA MUNCUL SE EKOR COBRA DARI ANJUNG ATAP RUMAH KU YANG KEKENYANGAN MENDAPAT HABUAN SE EKOR TIKUS DENGAN MENJULUR UNTUK MELARIKAN DIRI TETAPI TIDAK BERJAYA DI SEBABKAN TERSEPIT KERANA PERUT NYA BESAR.....
TERGANTUNG SUDAH UNTUK MELEPASKAN DIRI.......
CUBA MELARIKAN DIRI MELALUI CELAHAN TIANG KONKRIT........
TERTEKAN DAN MASIH LAGI TERGANTUNG MENCARI JALAN MACAM MANA NAK MELEPASKAN DIRI......BERUSAHALAH HINGGA BERJAYA........
BEGINILAH KEADAAN SEBENARNYA SANG COBRA YANG TERSEPIT MENAHAN SAKIT....

Saturday, March 10, 2012

BELACHAN

Nak cerita sikit lah sekarang ni musim orang menangkap udang gergau di tempat aku.Aktiviti ini dilakukan hampir setiap hari kecuali bila hari hujan aktiviti ini akan diberhentikan buat sementara waktu.Kalau hari panas memanjang aktiviti menngkap udang gergau ini akan dijalankan sampai petang.Kalau kita lihat orang yang datang macam nak berpesta ada yang nak membeli ada juga yang sekadar nak mencuci mata.
Ini lah rupa udang gergau yang dah ditangkap atau lebih dikenali dengan nama udang kecil.Udang gergau ni banyak kegunaannya selain dibuat udang gergau kering ia boleh juga bibuat cencaluk dan juga belachan.Kali ini aku nak cerita bagaimana nak buat belachan.Mula-mula......

Udang gergau segar dibersih dahulu untuk membuang segala kotoran dan sampah yang terdapat bercampur didalamnya seperti ikan-ikan kecil,daun-daun dan segala macam benda yang tak diperlukan.Jangan dicuci dengan air paip kalau nak cuci juga kena guna air laut baru ada kelasss.Setelah itu barulah udang dicampur dengan garam kasar bukan garam halus nanti tak menjadi bukan apa udang boleh menjadi busuk nanti setelah itu barulah digaul rata....setelah itu diperap semalaman sebelum dijemur pada ke esokan harinya.Sebelum kita menjemur udang yang diperap semalaman itu hendaklah di perah dulu untuk mengurangkan air yang banyak berkumpul semasa peroses pemerapan.Setelah itu barulah boleh dijemur ditengah panas yang terik semasa peroses menjemur udang hendak lah dikaup balik selang tiga jam sekali supaya udang kering sekata....

Inilah bentuk atau rupa udang gergau yang telah kering dijemur dan siap sedia untuk dijadikan belachan.Tapi sebelum itu kita kena sediakan dahulu lesong untuk menumbuk kalau tak tidak menjadi belachan lah udang tu...jadi udang gergau kering masin..peroses seterusnya ialah....
Menumbuk udang gergau untuk dijadikan belachan pat ni kena lah berbanyak bersabar kerana peroses menumbuk memakan masa sedikit kalau tahap kesabaran tak cukup tinggi agak-agak nya tak menjadi lah belachan tu.Satu kilo udang gergau kering kalau ditumbuk memakan masa selama tiga puloh ke empat puloh minit untuk menjadikan belachan yang betol-betol halus dan berkualiti.Letih tu memang lah letih tapi berbaloi sebab kita buat dengan tulang empat kerat kita sendiri.Dari sudut kerbersihan memang terjaga sebab untuk makan kita sendiri.PUAS HATI dapat buat sendiri belachan.....
Beginilah rupa belachan yang separuh siap belom ditumbuk dengan lumat atau hancur.Belachan jenis ini boleh disimpan dahulu sebelum ditumbuk untuk dijadikan belachan sebenarnya.kalau ada kerajinan boleh lah diteruskan memperoses dan menumbuk hingga hancur atau lumat.Apabila dah menjadi belachan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara atau kalau nak lebih tahan lagi boleh lah di leper-leper setebal satu inci sebesar tapak tangan dan dijemur biar kering bila dah cukup kering boleh lah disimpan.Belachan ini tahan disimpan selama bertahun-tahun sebab ditumbuk mengunakan lesong kayu kalau mengunakan mesin rasa akan menjadi pahit dan stuktur akan menjadi basah dan berbau yang tidak sedap.
                              BEGITULAH PEROSES MEMBUAT BELACHAN SELESAI

Friday, February 17, 2012

BADIK

Ini lah badik yang digunakan oleh Rosli Dhobi semasa pembunuhan Gabnur British Sir Duncan Steward di Sibu.Badik ini berbentuk lurus dan runcing menipis tajam.Mungkin ini bukan yang asal tapi dari segi bentuk dan rupa hampir sama.Orang-orang yang mahir dan pakar saja yang tahu ada kah ia badik asli atau sebaliknya....